fatwa DAN UNDANG-UNDANG TANAH WAKAF
DI pulau pinang: SATU analisis Zahri Hamat
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan menganalisis kedudukan fatwa Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan undang-undang dalam pengurusan tanah wakaf di negeri Pulau Pinang. Analisis kandungan dibuat berdasarkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh para Hakim di Mahkamah Sivil di negeri Pulau Pinang. Dapatan analisis mempamerkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syariah tidak mengikat Hakim Mahkamah Sivil dalam membuat keputusan ketika membicarakan kes-kes tanah wakaf di negeri Pulau Pinang sama ada ia melibatkan pihak yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Dapatan analisis ini paling tidak memberikan dua implikasi. Pertama ialah satu kajian secara komprehensif perlu dibuat untuk mengenal pasti perundangan yang bercanggah dengan hukum syarak. Kedua ialah kedudukan dan keupayaan Mahkamah Syariah perlulah dipertingkatkan setanding dengan Mahkamah Sivil supaya kes-kes yang tentang hal-ehwal Islam dibicarakan hanya di Mahkamah Syariah.
PERSEPSI PELAJAR MUSLIM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TERHADAP TAKAFUL HAYAT
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Muslim USM terhadap takaful hayat. Takaful hayat telah berada di Malaysia selama 26 tahun sejak penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) pada tahun 1985. Namun demikian, realiti yang berlaku ialah sambutan terhadap takaful hayat ini masih kurang berbanding insurans sedangkan 60% penduduk Malaysia terdiri daripada penduduk Muslim. Jika dibandingkan penduduk Muslim dengan jumlah sumbangan takaful hayat adalah jauh berbeza jurangnya. Jurang perbezaan ini menunjukkan masih kurangnya sambutan pengguna Muslim terhadap takaful. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar Muslim USM terhadap takaful hayat? Kertas kerja ini akan cuba menjawab persoalan ini. Data diperoleh melalui maklumat daripada soal selidik kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Muslim USM selepas kajian rintis dijalankan. Hasil kertas kerja ini dijangkakan dapat menggambarkan hubungan antara faktor- faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar Muslim USM terhadap takaful hayat.
PRINSIP DAN KRITERIA PERIKLANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ABSTRAK
Periklanan dalam memasarkan produk-produk Islam mesti diyakini dan difahami merupakan bahagian penting dalam urusniaga yang berteraskan Islam yang tidak boleh dipisahkan. Pada kertas kerja ini mengkaji prinsip-prinsip dan kriteria periklanan dalam perspektif Islam. Hal ini disebabkan semakin ramai dan tingginya pertumbuhan korporat dan institusi yang berteraskan nilai-nilai Islam seperti institusi kewangan Islam yang mempromosikan produk dan perkhidmatannya kepada orang ramai. Persoalan penting yang dibahas dalam kertas kerja ini adalah bagaimanakah bentuk konsep, prinsip dan kriteria periklanan Islam yang sebenarnya? Oleh itu tujuan kertas kerja ini ialah membina satu konsep periklanan dari perspektif Islam dan untuk mengenal pasti apakah prinsip-prinsip serta kriteria yang sepatutnya ada dalam periklanan Islam. Metodologi kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah kaedah kepustakaan dengan menggunakan analisis kandungan. Kajian ini dijangkakan dapat membentuk konsep periklanan dalam perspektif Islam dari segi prinsip dan kriterianya.
THE IMPACT OF CONSUMER ETHNOCENTRISM ON
DOMESTIC BRAND ORIGIN RECOGNITION ACCURACY (BORA) SCORE:
A STUDY ON YOUNG MALAY MUSLIMS
Poh-Chuin, Teo
School of Management, Unviersiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Osman Mohamad
Graduate School of Business, Unviersiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang
T. Ramayah
School of Management, Unviersiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ABSTRACT
This study aims to test the impact of consumer ethnocentrism on young Malay Muslims’ ability in recognizing domestic brands. A total of 16 local brands were used to measure young Malay Muslims’ local Brand Origin Recognition Accuracy (BORA) score, and consumer ethnocentrism was measured by Consumer Ethnocentrism Scale (CETSCALE) introduced by Shimp and Sharma (1987). Next, Partial Least Squares (PLS) was used for data analysis purpose. Results of analysis showed consumer ethnocentrism explained to a large portion of respondents’ local BORA score. Research limitations and recommendations for future studies were discussed.
ISLAMIC UNIT TRUSTS IN MALAYSIA: THE DESERTED SPHERE OF ISLAMIC ASSET MANAGEMENT?
Shereeza binti Mohamed Saniff
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV),
School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
ABSTRACT
This paper aims to determine the position of Islamic Unit Trusts in Malaysia as a product and services provided under the generic Islamic Asset Management portfolios. In achieving this objective, this paper sets forth to take a serious look from the existing theoretical concepts and understanding on what constitute Islamic Unit Trusts (or IUT). There are three parts to this paper. The first part examines the foundational concept and factor that shows IUT as an inevitable part of the Islamic Asset Management portfolio. Thereafter it looks at the various products and services offered under IUT in Malaysia today and its relevancy in the Islamic Asset Management portfolio. Library research is mainly used to obtain the various concepts, principles and assessment applied to in this paper with content analysis carried out from the findings in the first two parts of this paper. The final part then provides the findings to the definitive position of IUT in Malaysia and examines the steps taken to give IUT its place and importance under the Islamic Asset Management portfolio. The implications to this finding suggest that a more serious study on IUT is imminent and crucial given the exceptionally high growth of this branch of the Islamic financial system that has been proven to withstand the trials of time and tide.
THE CONCEPT OF ISLAMIC MICROFINANCE: A CRITICAL ANALYSIS OF ISLAMIC MICROFINANCE TOOLS AS AN INVESTMENT TOOL
Hassanudin Bin Mohd Thas Thaker
Master Student (Finance) IIUM
ABSTRACT
As argued by Adam Smith, the participation in religious sects could potentially come out with two economic advantages to adherents. The parameter could be seen in term of reputational signal; while the poor tend to look alike to potential group of employers, lender as well as customers, membership in a specific group could bring to a reduction in risk attached with particular individual and allows improve the allocation of resources efficiently. The second parameters is deal with, religious groups could also provide for extra legal means of establishing trust in intra group transaction, again its able to reducing the uncertainty and improve the allocation of resources efficiently. This paper aims to concentrate on different issue; whether the behaviour of economic can be change through predominant religious belief, the role of Islamic finance in Muslim societies nowadays but most of all it potential to fight poverty in those countries belonging to the so called developing country and world when related with important economics parameter tools such as Islamic microfinance.
KAEDAH PENGURUSAN PENGAGIHAN ZAKAT OLEH BANK RAKYAT: SATU TINJAUAN AWAL
Azman Ab Rahman
Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
ABSTRAK
Secara amalan di Malaysia, wang dan harta zakat yang dibayar diagihkan kepada asnaf-asnaf yang layak oleh pusat zakat atau baitulmal. Namun begitu terdapat juga syarikat-syarikat korporat termasuk juga bank-bank Islam khususnya turut membuat agihan zakat terus kepada asnaf. Umumnya pihak bank akan mengeluarkan zakat berdasarkan keuntungan tahunan yang mereka perolehi, dan pada kebiasaannya institusi perbankan akan membayar zakat kepada pusat-pusat zakat atau baitulmal di Majlis Agama Islam Negeri. Namun begitu, terdapat institusi perbankkan yang menyalurkan zakat terus kepada golongan asnaf melalui agensi-agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan. Persoalan yang ditimbul mengenai kaedah yang digunakan oleh pihak bank dalam menentukan mereka yang layak menerima zakat. Isu ini menjadi satu polemik dan boleh menimbulkan banyak perdebatan dan permasalahan khususnya dalam kaedah pengagihan dan penetapan asnaf untuk menerima zakat. Perkara ini penting bagi memastikan bahawa zakat yang ditunaikan benar-benar mencapai matlamat yang telah digariskan oleh Syariah. Justeru, artikel ini akan mengkaji pengurusan agihan zakat oleh Bank Rakyat. Penulis juga akan mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh Bank Rakyat dalam menentukan agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuk badan-badan Ngo yang yang layak menerima zakat. Artikel ini diharapkan dapat menjadi platform dalam mencetuskan beberapa cadangan bagi memastikan tadbir urus zakat lebih teratur dan berkesan di samping memastikan wang zakat yang diberikan kepada asnaf benar-benar dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Islam.
REVISITING ISLAMIC HEDGING TOOLS:
THE CASE OF SWAP-i
Mohamed Asmy Bin Mohd Thas Thaker
International Islamic University Malaysia
ABSTRACT
The rapid development in Islamic banking and finance has become the culprit for many financial innovations in order to cope and compete with the immense development reached by the conventional system. An example of these innovations is the introduction of Islamic swap market – which is designed after their conventional counterparts though maintaining the notion of Shariah compliancy. These instruments are meant to be used as hedging mechanism for Islamic financial institutions and investors against risks exposure, as Islam denies and prohibits the activity of speculation, hence these swap instruments are mainly used for the purpose of hedging. Therefore, this paper aims at revisiting present discussions on the use of swap-i as well as evaluating the current practice of swap-i. The paper will also analyze the impact of utilizing these products and the way forward into achieving a more stable and Shariah compliant instruments of hedging.
PENGURUSAN ASET ISLAM MELALUI CAPM DAN APT DALAM BENTUK ISLAM KE ATAS SEKURITI PATUH SYARIAH BURSA MALAYSIA
Mohd Saharudin Shakrani
ABSTRAK
Pengurusan aset dikenal pasti sebagai komponen kritikal bagi menjamin kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam utama dunia. Pengembangan industri berkenaan akan memberikan impak dan menambah nilai merentasi pelbagai sektor perkhidmatan kewangan, termasuk menyokong secara langsung serta melengkapkan sektor seperti takaful, ekuiti swasta, dana amanah, pengurusan aset swasta, amanah dan wakaf. Selain itu, pengurusan aset Islam merupakan bidang yang mempunyai potensi yang besar memandangkan industri pengurusan dana Islam kini menguruskan hanya enam peratus jumlah dana di bawah pengurusan institusi kewangan Islam global. Ia juga merupakan bidang pertumbuhan pantas dengan lebih 250 dana bersama yang berlandaskan Syariah menguruskan aset pada anggaran AS$300 bilion di peringkat global. Lantaran itu, model CAPM dan APT ialah model yang popular dan sering digunakan dalam pengurusan aset oleh pengurus dana/portfolio bagi membantu pelabur dalam membuat keputusan pelaburan. Menyentuh kepada senario kewangan dunia, komuniti antarabangsa menghadapi ketidaktentuan dan cabaran baru dalam persekitaran semasa kewangan global. Kesan ketidaktentuan kewangan global telah menular melampaui Amerika Syarikat dan meningkatkan kemungkinan krisis kewangan dunia. Bagi kewangan Islam, ia masih baru di arena global tetapi di Malaysia, ia telah diamalkan lebih tiga dekad dan sudah pasti menghadapi cabaran yang sama. Ketelusan dalam transaksi kewangan Islam dapat menarik pelabur Islam dan bukan Islam untuk membuat pelaburan terutamanya dalam pasaran saham Islam. Oleh itu model CAPM dan APT dalam bentuk Islam adalah amat diperlukan untuk pasaran saham Islam ini bagi mengurangkan dan menghapuskan penggunaan penandaaras konvensional dalam pengurusan aset Islam. Persoalan yang timbul ialah apakah model CAPM dan APT dalam bentuk Islam? Bagaimana kedua-dua model ini membantu pengurus dana aset Islam di Malaysia terutamanya Sekuriti Patuh Syariah?. Apakah cabaran yang dihadapi dalam mengenengahkan model CAPM dan APT dalam bentuk Islam ini?
INTRODUCTION TO HALAL ECONOMY :
QURAN AND SUNNAH POINT OF VIEW
Fahrul Irfan bin Ishak
Lecturer, Universiti Kuala Lumpur- Malaysian Institute of Industrial Technology (UNIKL-MITEC)
ABSTRACT
Halal economy is new terms used recently as a new agenda that will be future of global economic and social. It is reflect both separated system halal product and Islamic finance to be integrated and become the new model of economy. Based on Islamic revelation knowledge, there is much proof that required Muslim conforms to both system – consumption of halal products and utilizes Islamic finance. Any basis of Muslim action should be based from Quran and Sunnah. However, since halal product industry not bonded with Islamic finance as it is not highlighted and required on them, this lacking should be emphasize to the industry as it is not only comes from religion value, but it is a system of economy for global and many debate discussing on this particular matter. This paper will describe the proof from Islamic major sources Quran and Sunnah that urge both systems must be go together. The writer will use descriptive and analytical method from Quran and Sunnah to fortify the obligation of togetherness of halal product and Islamic finance and banking.
MENURUT MUSLIM IDEAL
Ahmad Azrin Adnan
Jabatan Kewangan dan Perbankan
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak 21300 Kuala Terengganu
Terengganu, MalaysiaABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis aspek pemasaran sebagai salah satu faktor utama dalam pemilihan bank menurut perspektif Muslim yang ideal. Persaingan perniagaan perbankan dalam era globalisasi diakui amat mencabar. Aktiviti pemasarannya menjadi semakin dinamik dan holistik bagi menarik seramai mungkin pengguna. Apa jua bentuk aktivitinya, ia pasti dirai selagi mana ia mampu menjana keuntungan kewangan. Dalam konteks Islam, aktiviti pemasaran tidaklah bebas mutlak. Rangka berfikir Islam tentang halal dan haram sama ada di pihak penyedia atau pengguna sesuatu produk atau perkhidmatan menjadikan aktiviti pemasaran itu bersifat selektif yang hingga akhirnya terbina budaya pemasaran Islam. Apakah pemasaran Islam? Setakat manakah pentingnya aspek ini sebagai penentu pemilihan bank bagi setiap individu Muslim? Kertas kerja ini cuba menanggapi segala persoalan ini melalui pelbagai tinjauan literatur dan temubual bersama sekumpulan pakar.
Rafiq Idris
Fellow, University of Malaya
ABSTRACT
This paper is a preliminary study in discussing waqf practices in Sabah, law governing waqf and highlighting some issues surrounding its implementation. My interview exercise and literature survey suggests that as stated under enactment No. 11 of 1998, section 2 (State of Sabah), Baitulmal is the body appointed to manage the affairs relating to the management of waqf. Besides, Syariah High Court in its civil jurisdiction, hear and decide all actions and proceedings if all the parties to the actions or proceedings are Muslims and the actions or proceedings relate to wakaf or nazr or matters relating thereto. Moreover, many examples of waqf which has been observed as the practice of Muslim communities in Sabah are identified. In addition, few issues surrounding waqf implementation are discussed in brief in the paper.
PEMASARAN WAKAF: MEMBINA DAN MENINGKATKAN PENYERTAAN
PENGGUNA MELALUI APLIKASI SEGITIGA PEMASARAN
Razali Bin Othman
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
ABSTRAK
Pertumbuhan sesebuah organisasi terancam, perlahan atau terhenti bukanlah kerana pasaran tersebut telah tepu. Ini adalah kerana kegagalan pihak pengurusan organisasi berkenaan mentakrifkan perniagaan mereka dengan tepat (own myopia). Tambahan pula, paradigma organisasi hari ini telah beralih daripada perniagaan yang berorientasikan produk kepada perniagaan yang berorientasikan pengguna. Dengan menggunakan asas dan teknik pemasaran yang sama, aplikasi pemasaran dapat membantu organisasi ini untuk mencapai objektif dan matlamat penubuhannya seperti mana yang dilakukan oleh organsisai yang berteraskan keuntungan. Malah, pemasaran adalah merupakan asas yang sepatutnya ada kepada organisasi yang tidak berteraskan keuntungan sebagai sebahagian daripada perniagaan dalam masyarakat. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis dan mengadaptasi model segitiga pemasaran dalam institusi wakaf ke arah meningkatkan kefahaman dan penyertaan masyarakat untuk berwakaf. Tiga elemen utama segitiga pemasaran iaitu pemasaran dalaman, pemasaran luaran dan pemasaran interaktif yang menjadi asas dalam membentuk, memasar dan menyediakan perkhidmatan terbaik akan dibincangkan. Model ini kemudiannya akan dianalisis dan dinilai semula dari aspek tasawur Islam. Seterusnya model ini akan diadaptasikan sebagai satu strategi pemasaran dalam membangunkan institusi wakaf. Kajian ini adalah berbentuk kajian penerokaan. Pengumpulan data pula diperolehi daripada kajian perpustakaan yang dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan teks tual. Dapatan kajian dijangkakan akan memberikan satu lagi dimensi baru dalam membangun, memasar dan mengurus institusi wakaf secara lebih efektif.
AN ISLAMIC PERSPECTIVE ON CONSUMER MARKETING
Murni Yusoff
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
ABSTRACT
Earning through conducting business is one of the encouraged ways in Islam to improve standard of living and to help the needy. Hundreds of guidelines provided by Quran and Hadith been used as principles to manage the business effectively and sustainably. However, from products and services to consumer, still marketing strategy adopted in Islamic business is conventional marketing strategy. It is very clear that conventional business and conventional marketing have the similar ultimate goal of profit maximization which derived from Capitalism-based. For capitalist, religion is separated from business as they believe that religion has nothing to do with other aspects of life such as economics, social, politics, and environment. In contrast, Islam has different ultimate goal in business, which contains the aspects of material and spiritual. The combination of both material and spiritual aspects need to be balanced towards achievement of the ultimate goal, mardhatillah. Therefore, this paper intends to identify the issues arise in consequence of adoption the conventional marketing strategy in Islamic business. The methodology used in this study is content analysis since this is an exploratory research. With the expected findings from this study, it would strengthen the need for the development of Islamic-based Marketing.
PRINSIP DAN KRITERIA KESETIAAN PEKERJA MUSLIM
DARIPADA PANDANGAN ISLAM
Ridwan Nurdin
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji prinsip dan kriteria kesetiaan pekerja Muslim daripada pandangan Islam. Pandangan Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim amat diperlukan kerana pandangan Barat/lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi falsafah atau tasawur. Pandangan lazim lebih menitikberatkan pada akal semata, maka dalam menilai sesuatu ia menjadi pragmatik materialistik. Sedangkan pandangan Islam lebih menitikberatkan pada Al-Falah dan Mardhatillah (kebaikan duniawi-ukhrawi dan keredhaan Allah). Persoalan pentingnya ialah apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pekerja? Bagaimanakah Islam memandang persoalan kesetiaan pekerja? Salah satu pemahaman umum ialah bahawa penekanan kepada gelagat manusia merupakan kunci utama kejayaan sesuatu organisasi. Oleh itu ia akan menghasilkan pekerja yang setia. Kesetiaan pekerja juga ditentukan dari hubungannya dengan pemimpin dalam organisasi. Penulisan kertas kerja ini dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan analisis tekstual, mendapati bahawa Islam memberikan panduan yang jelas tentang kesetiaan pekerja. Terdapat beberapa prinsip dan kriteria kesetiaan pekerja Muslim yang ideal dalam pandangan Islam. Prinsip-prinsip itu ialah Tauhid, Khilafah, Ukhuwwah dan Keadilan. Ada pun kriterianya ialah Kepatuhan Syariah, Ketaatan pada pimpinan, Kesamaan dan Bertanggung jawab dalam bekerja. Prinsip dan kriteria itu dibina berdasarkan pendekatan Tauhid dengan berlandaskan kepada nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Prinsip dan kriteria ini mesti difahami sebagai bahagian sejagat terhadap penerapan nilai-nilai syariah dalam pengembangan sumber manusia.
KONSEP MUDARABAH MENURUT SYEIKH DAUD AL-FATANI
Hadenan bin Towpek
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
ABSTRAK
Kertas kerja ini mengetengahkan pandangan Syeikh Daud al-Fatani (1131-1265H/1718-1847M) terhadap konsep mudarabah sebagaimana yang dibincangkan dalam kitabnya Furu‘ al-Masa’il (1254-1257H/1838-1841M) dan dirujuk khusus pada tajuk Kitab al-Qirad. Kertas kerja ini mengupas mengenai definisi dan kefahaman mengenai konsep Mudarabah, di samping membincangkan mengenai syarat-syarat bagi enam rukun mudarabah yang terdiri daripada pemodal, pengusaha atau pekerja, harta atau modal, usaha atau kerja, sighah ijab dan qabul, dan perkongsian keuntungan. Selain itu, tajuk mengenai pembatalan akad mudarabah dan tuntutan balik harta modal mudarabah juga dibincangkan. Kertas kerja yang berasaskan kajian perpustakaan ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisis data. Dalam masa yang sama juga, analisis secara perbandingan dengan pandangan fuqaha’ al-Syafi‘i yang muktabar juga diterapkan. Dapatan menunjukkan bahawa pandangan Syeikh Daud al-Fatani terhadap konsep mudarabah adalah dalam ruang lingkup perbincangan fiqh al-Syafi‘i, bahkan konsep mudarabah yang dikemukakan dalam kitab Furu‘ al-Masa’il ini adalah masih lagi relevan dan applicable termasuklah bidang perbankan dan kewangan Islam dari dulu, kini dan akan datang.
PENILAIAN SEMULA TERHADAP ANDAIAN-ANDAIAN DALAM EKONOMI ISLAM: SATU KAJIAN AWAL
Mohd Zulkifli Muhammad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan kajian awal terhadap penilaian semula andaian-andaian ekonomi di dalam sistem ekonomi Islam. Andaian-andaian tersebut yang diambil daripada sistem ekonomi lazim terbahagi kepada dua andaian iaitu: sumber alam adalah terhad (scarcity of resources) dan kemahuan manusia tidak terhad (unlimited wants). Oleh yang demikian, kertas kerja ini cuba menganalisis sejauh mana andaian-andaian dalam ekonomi Islam berpaksikan kepada ketauhidan terhadap Allah dan selari dengan tasawur Islam. Analisis kandungan dan kaedah perpustakaan dibuat terhadap literatur falsafah dan teori ekonomi Islam terdahulu. Dapatan daripada kajian awal ini mendapati andaian-andaian ekonomi Islam yang sedia ada tidak menepati konsep ketauhidan kepada Allah dan tasawur Islam yang sebenar. Implikasi daripada kajian ini ialah keperluan kepada satu kajian yang komprehensif dan lengkap ke arah satu resolusi atau rumusan baru andaian-andaian ekonomi Islam yang betul-betul mencerminkan kepada ketauhidan terhadap Allah dan sejajar dengan tasawur Islam.
HUBUNGAN REPUTASI ETIKA ORGANISASI, KEPUASAN DAN KESETIAAN PELANGGAN: PERSEPSI PELANGGAN PERBANKAN SYARIAH
Sunaryo
Fakultas Ekonomi Universitas Brawijaya
Jln. Mayjen Haryono 165 Malang, 65145
ABSTRAK
Jumlah penduduk Indonesia majoriti Islam, namun relialitinya di Indonesia syer pasaran bank syariah hanya 3% daripada keseluruhan perbankan di Indonesia. Ini bermakna masih lagi rendah penyertaan masyarakat Muslim di Indonesia terhadap penggunaan produk dan pekhidmatan bank syariah. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku, apakah reputasi etika organisasi tidak memberikan kesan untuk mengekalkan kesetiaan masyarakat Muslim terhadap bank syariah? Atau mungkin disebabkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak dapat memberi kepuasan kepada masyarakat Muslim? Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk pengujian hubungan reputasi etika organisasi, kepuasan dan kesetiaan pelanggan Muslim di perbankan syariah Malang. Kajian ini dilakukan di Malang dengan jumlah sampel sebanyak 315 responden. Soalan dan hipotesis dianalisis dengan menggunakan pendekatan Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan perisian Smart-Partial Least Square (PLS) dan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi etika tentang organisasi perbankan syariah mendorong kepuasan pelanggan dan akhirnya pada kesetiaan. Kajian ini menyumbangkan literatur yang ada dengan menunjukkan bahawa persepsi reputasi etika organisasi daripada pelanggan dapat membantu perbankan syariah dalam mencapai tahap kepuasan dan kesetiaan pelanggan yang tinggi. Di samping itu reputasi etika organisasi juga membantu dalam mengekalkan kesetiaan pelanggan.
PENGLIBATAN USAHAWAN MUSLIM DALAM INDUSTRI HALAL DI
PULAU PINANG: ANALISIS PERSEPSI TADBIR URUS
Siti Syuhadah Mohamad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang
ABSTRAK
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang berhasrat untuk menerajui industri halal. Ini diperlihatkan oleh pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan memandang serius terhadap industri halal. Ironinya walaupun majoriti penduduk Malaysia beragama Islam, namun penglibatan umat Islam dalam industri ini masih jauh ketinggalan. Hal ini diperkukuh melalui kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah mengumumkan 74.7% pemegang sijil halal terdiri daripada peniaga bukan bumiputera. Oleh itu, kajian ini cuba meneliti punca kurangnya penglibatan usahawan Muslim dalam industri halal dari perspektif pihak tadbir urus hab halal. Tinjauan kajian lepas berkaitan isu ini lebih tertumpu dari persepektif usahawan. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah penyelidikan mengaplikasikan data primer iaitu kajian lapangan dan data sekunder melalui kajian perpustakaan. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data. Hasil tinjauan awal mendapati kegagalan usahawan Muslim memperoleh pensijilan halal adalah kerana tidak dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak tadbir urus hab halal. Bagi meningkatkan bilangan usahawan Muslim, pihak usahawan seharusnya lebih peka dan berusaha dalam menepati prosedur yang ditetapkan pihak tadbir urus hab halal.
TADBIR URUS KORPORAT, PENGURUSAN PENDAPATAN DAN NILAI FIRMA: KAJIAN KES SYARIKAT-SYARIKAT TERSENARAI DI JAKARTA ISLAMIX INDEX (JII), BURSA EFEK INDONESIA :
SATU ANALISIS RINTIS
Mulia Saputra
Calon PhD Pengajian Sains Kemasyarakatan
Center for Islamic Development Management Studies (ISDEV) USM
Center for Islamic Development Management Studies (ISDEV) USM
ABSTRAK
Kertas ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh tadbir urus korporat, pengurusan pendapatan terhadap nilai firma di syarikat tersenarai di Jakarta Islamic Index (JII). Persoalannya, Bagaimanakah pengaruh tadbir urus korporat dan pengurusan pendapatan terhadap nilai firma yang tersenarai dalam Jakarta Islamic Index (JII). Tadbir urus korporat diukur dengan menggunakan dua indikator. Pertama ialah struktur pemilikan dan kedua ialah struktur lembaga pengarah. Pengurusan pendapatan dikira menggunakan akruan boleh pilih dan nilai firma dikira dengan menggunakan Tobins-Q. Dapatan analisis rintis dijangka bahawa tadbir urus korporat berpengaruh terhadap nilai firma dan pengurusan pendapatan boleh dijadikan pengantara terhadap hubungan di antara tadbir urus korporat dengan nilai firma.
PERLAKSANAAN PEMBANGUNAN HARTA WAKAF OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (MAIWPKL)
Hydzulkifli Haji Hashim
Asmak Ab. Rahman
Jabatan Syariah & Ekonomi Islam
Universiti Malaya
ABSTRAK
Pewakaf harta atau al-wāqif merupakan individu yang memberikan harta miliknya untuk diwakafkan pada jalan Allah SWT. Dalam pada itu, syariat Islam menetapkan beberapa kriteria terhadap pelaku wakaf tersebut agar harta yang diwakafkannya tidak akan menimbulkan sebarang permasalahan kelak. Antaranya, rukun pewakaf menetapkan pelaku tersebut hendaklah berakal, merdeka (bukan dari golongan hamba), sampai umur dan juga cerdik. Manakala syarat pewakaf pula, hendaklah merupakan pemilikannya secara sempurna samada harta yang boleh dialih atau berupa harta kekal. Justeru, sebagai pemegang amanah wakaf tunggal terhadap semua aset wakaf yang terdapat di kawasan Kuala Lumpur, MAIWPKL bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan perlaksanaan pembangunan harta wakaf tersebut dilakukan berlandaskan ketetapan Syariat. Bagaimanapun, huraian kertas kerja ini akan lebih memfokuskan kepada perlaksanaan pembangunan tanah wakaf yang telah dilaksanakan di lot 168 & lot 169, Jalan Perak Kuala Lumpur.
PRINSIP DAN KRITERIA PERSONALITI DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Mutiara Dwi Sari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden, Pulau Pinang
ABSTRAK
Pandangan Islam tentang personaliti Muslim amat diperlukan kerana pandangan lazim dianggap tidak mengambil kira aspek keagamaan. Pandangan lazim lebih menitikberatkan pada akal dan masalah duniawi semata-mata, manakala pandangan Islam lebih menitikberatkan pada Mardhatillah dan Al-falah (keredhaan Allah dan kebaikan dunia dan akhirat). Persoalan pentingnya ialah bagaimanakah Islam memandang persoalan personaliti ini? ataupun dengan kata lain bagaimanakah konsep personaliti dalam Islam? apakah prinsip dan kriteria personaliti Muslim?. Suatu pemahaman umum ialah bahawa personaliti berpengaruh terhadap tindakan atau gelagat pengguna. Gelagat manusia ditentukan oleh personaliti mereka iaitu setiap individu pasti berbeza-beza personalitinya. Oleh itu, untuk memahami, menganalisis dan menilai personaliti Muslim diperlukan sebuah acuan yang sesuai menurut kerangka syarak. Gelagat orang Islam tidak sepatutnya dinilai dari kerangka teori barat. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji prinsip dan kriteria personaliti Muslim daripada perspektif Islam. Penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan analisis tekstual. Hasil kajian ini mendapati bahawa prinsip personaliti seorang Muslim iaitu Aqliyah Islamiyah (akal yang Islam), Nafsiyah Islamiyah (tingkah laku yang Islam) dan Aqidah Islamiyah yang bersumberkan daripada Al-Quran dan Sunnah. Aqliyah Islamiyah dan Nafsiyah Islamiyah ini akan terbentuk dengan baik apabila ia mempunyai Aqidah Islamiyah yang baik. Manakala kriteria personaliti Muslim diantaranya, salimul aqidah (aqidah yang bersih), ibadah yang betul, akhlak yang baik, bashiroh (kepekaan dan ketajaman jiwa), intelektual fikiran, berpegang teguh pada kebenaran, mujahadah (bersungguh-sungguh), kepuasan jiwa dan ketenteraman hati, tahu akan tujuan hidup, berjuang melawan hawa nafsu, berdikari, teratur, kekuatan jasmani dan bermanfaat bagi orang lain.
MODEL AGIHAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR [MALZAS]
Mohd. Amiruddin bin Alias
Pusat Pengajian Sains Komputer UKM
ABSTRAK
Kebanyakan syarikat atau organisasi mempunyai perancangan mereka tersendiri untuk memastikan objektif dan tujuan syarikat tercapai. Aplikasi Teknologi Maklumat (IT) dapat membantu pencapaian objektif organisasi serta menyumbang kepada pengurusan yang lebih sistematik dan cekap. Lembaga Zakat Selangor (LZS) merupakan pemegang amanah dalam urusan kutipan zakat di negeri Selangor. Kutipan zakat ini perlu diagihkan kepada kumpulan sasaran iaitu asnaf fakir miskin yang berkelayakan. Malangnya merujuk kepada kutipan zakat yang diperolehi dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun 2008 hingga 2010, masih terdapat banyak lebihan wang zakat yang belum diagihkan. Walaupun kutipan zakat meningkat setiap tahun tetapi kemiskinan masih wujud. Ini mungkin disebabkan LZS tidak mempunyai informasi yang lengkap mengenai asnaf yang terdapat di negeri Selangor. Statistik terkini yang diperolehi dari portal MIMBAR Selangor memperincikan bahawa 1.36 juta daripada 5.2 juta penduduk negeri Selangor terdiri daripada penduduk miskin bandar. Berdasarkan kepada statistik ini ia menunjukkan keadaan sistem agihan LZS diuruskan pada tahap yang kurang berkesan. Informasi isi rumah fakir miskin yang terbatas mungkin menjadi penyumbang kepada sistem agihan menjadi kurang efektif. Adalah dicadangkan sekiranya informasi isi rumah fakir miskin diambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) dan e-Kasih, informasi zakat dan agihan akan menjadi lebih berkesan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa informasi pengagihan zakat dapat diuruskan dengan sistematik. Satu model agihan zakat dicadangkan pada LZS untuk memastikan faedah zakat sampai kepada kumpulan sasaran. Model ini mengambil kira informasi dari JPM dan e-Kasih untuk penghasilan pangkalan data yang lebih cekap di LZS. Untuk memacu proses agihan yang lebih baik, informasi akan diambil dari pelbagai aspek seperti data isi rumah, tanggungan isi rumah, butiran tempat kediaman isi umah serta pekerjaan dan pendapatan ketua isi rumah. Sokongan dari sudut teknologi, akses kepada data dan keselarasan atau keseimbangan antara organisasi dengan IT juga diperlukan. Pendekatan empat fasa iaitu perancangan, analisis, rekabentuk dan penilaian digunakan sebagai metodologi dalam kajian ini. Semoga dengan terhasilnya Model Agihan LZS (MALZAS), ia akan dapat memastikan mutu proses agihan di LZS dipertingkatkan. Disamping itu adalah diharapkan model ini dapat menyeimbangkan peningkatan jumlah penduduk miskin dan jumlah kutipan zakat pada masa akan datang.
MODELING CUSTOMER SATISFACTION AND SWITCHING BEHAVIOR IN ISLAMIC BANKING: EVIDENCE FROM INDONESIA
Muhamad Abduh
Department of Economics
Kulliyyah of Economics and Management Sciences
International Islamic University Malaysia
Salina Kasim
Department of Business Administration
Kulliyyah of Economics and Management Sciences
International Islamic University Malaysia
Zainurin Dahari
Department of Business Administration
Kulliyyah of Economics and Management Sciences
International Islamic University Malaysia
ABSTRACT
This study is aimed at investigating the dimensions of customer satisfaction in Indonesia Islamic banking industry and how those dimensions could affect the customers’ switching behavior. Data collection is done by using self administered questionnaire involving as many as 588 Islamic bank customers from the area of Jakarta. The methods used in this study are factor analysis and logistic regression model. Factor analysis has successfully uncovered the five dimensions of Indonesia Islamic banking customer satisfaction i.e. profitability, bank staff, accessibility, costs, and bank physical appearance. Afterwards, logistic regression evidences that for Islamic bank customers, three dimensions are significantly affecting their intention to switch namely bank staff, accessibility, and costs. Profitability and bank physical appearance are perceived less important by respondents with regard to bank-switching issues. Managerial implications are discussed.
THE THEORY OF CONSUMER BEHAVIOR, QUR’ANIC ASSUMPTION
Bayu Taufiq Possumah
Abdul Ghafar Ismail
Research Center for Islamic Economics and Finance
School of Economics
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor D.E., Malaysia
ABSTRACT
What and how to consume is one important assumption in economics. Even being one of the principles forming the science of economics itself. As is usual in conventional economics-based rationalism, materialism becomes the goal and the only thing can satisfy human needs. Instead Islam has provided guidelines and a different view of consumption. This paper wants to explain and explore how the Qur'an assumes the principles and rules for the consumption of which is a part of cornerstone in building the Islamic economic system.
THE IMPACT OF ZAKAT ON SOCIAL LIFE OF MUSLIM SOCIETY
Muhammad Abdullah
Chairman, Department of Arabic, Islamic Studies & Research,
Gomal University Dera Ismail Khan, Pakistan
(Ex-Post Doctoral Fellow)
ABSTRACT
Zakat is the most cardinal and vital institution in an Islamic order. Its nature, structure and function can be better envisaged in the total perspective of Islamic system of life (individual and collective human life). Hence it is becomes imperative elucidate the basic tenets of Islam. Islam is a comprehensive, consistent coherent system of thought and realistic practice program. It covers all aspects of human life. The concept of life itself is unique. Human life is an indivisible unity. The sole objective of the teaching of Islam is transformation of human psyche. The teachings of Quran wisdom and Sunnah evolves and develops a social order on such grounds which are the strongest and unshakable. The teachings of Quran establish a very sound stable equilibrium of the society. In this regard economic aspect has been focused. Hence the believers have to meet all requirements of Faith. Zakat is a cardinal principle of the stability of the society. As an institution Zakat is a collective society scheme. Zakat has been ordered by ALLAH almighty and all the prophets have enforced the principle of Zakat. It is mandatory and obligatory on all who come under the purview of a standard of living for Zakat. Since it is individual obligation and the individual behavior is highly exalted. Zakat has very wide impact on the entire social set up and ensures proper distribution of wealth in the society: 1) It creates a spirit of mutual help and sympathy; 2) It creates a spirit of joint venture for development; 3) The Institution of Zakat requires the establishment of such agencies /departments who are responsible for collection and distribution; 4) It develops a sense of participation in the development projects and also monitoring system. Thus it provides sound financial assistance to all the needy; 5) It promotes self confidence, trust and gainful utilization of the resources; and 6) The impact is wide spread and the point will be further elaborated in the paper.
PERSEPSI PENGGUNA PERBANKAN SYARI’AH DI ACEH
TERHADAP PELAKSANAAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) BANK SYARI’AH
Muhammad Yasir Yusuf
Phd Candidate, Universiti Sains Malaysia,
Center for Islamic Development Management (ISDEV),
Phd Candidate, Universiti Sains Malaysia,
Center for Islamic Development Management (ISDEV),
11800 Minden, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai persepsi pengguna bank syari’ah di Aceh terhadap Corporate Social Responsibility (CSR) dalam institusi perbankan syari’ah. Persoalan penting yang dibahas dalam kertas kerja ini adalah bagaimanakah persepsi pengguna bank syari’ah terhadap CSR bank syari’ah?, Apakah kriteria CSR yang dominan yang mempengaruhi persepsi pengguna bank syari’ah? Apakah CSR menjadi salah satu faktor pemilihan pengguna bank syari’ah? Dalam kertas kerja ini kriteria CSR yang dijadikan instrumen untuk menilai pelaksanaan CSR perbankan syari’ah adalah kepatuhan syari’ah, kesamaan, bertanggungjawab dalam bekerja, adanya jaminan kesejahteraan, jaminan kelestarian alam dan bantuan kebajikan. Survei yang membabitkan 400 pengguna dari 16 bank syari’ah di Aceh menunjukkan bahawa persepsi pengguna perbankan syari’ah terhadap CSR bank syari’ah positif, manakala kriteria jaminan kesejahteraan adalah kriteria dominan yang menyebabkan pengguna bank memilih perbankan syari’ah. Pengguna bank syari’ah juga menjadikan CSR sebagai salah satu faktor pemilihan terhadap perbankan syari’ah. Pelaksanaan CSR pada bank syari’ah harus diyakini dan difahami merupakan bahagian universal dalam memenuhi komitmen terhadap prinsip-prinsip syari’ah dalam operasional perbankan Islam.
AKHLAK MAHMUDAH DALAM PENGURUSAN HUTANG ISLAM : KAJIAN AWALAN TERHADAP KEFAHAMAN KAKITANGAN AWAM
DI UiTM PAHANG
Mohd Kamal Azman bin Jusoh
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Pahang
Dr. Mohd Daud bin Awang
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Dr. Ahmad Nasir Bin Mohd Yusoff
Jabatan Sains Sosial, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
ABSTRAK
Islam mengharuskan hutang apabila seseorang berada di dalam kesempitan. Tidak digalakkan menambahkan hutang tanpa keperluan dan ketika penghutang tidak dapat membayar balik hutangnya. Situasi sekarang dengan kes-kes keberhutangan yang serius dan masalah-masalah yang berlaku kesan dari hutang ini cukup menakutkan. Kesan hutang dalam Islam bukan sekadar melibatkan hidup di dunia malahan hingga ke alam kematian. Kertas kerja ini akan mengupas mengenai tiga konsep akhlaq mahmudah dalam muamalat hutang sebagai panduan kepada penghutang Islam. Konsep akhlak mahmudah yang ada dalam muamalat hutang Islam akan sia-sia jika tidak difahami oleh umat Islam. Oleh itu kajian konsep akan diperkukuhkan dengan kajian semasa dengan membincangkan tahap kefahaman masyarakat difokuskan kepada kakitangan awam di UiTM Pahang. Hasil kajian menunjukkan kakitangan awam di UiTM Pahang memahami konsep akhlak mahmudah dalam muamalat hutang Islam pada skala min 3.92. Namun begitu tahap kefahaman ini perlu dipertingkatkan lagi kerana akhlak mahmudah ini adalah antara asas yang boleh melahirkan masyarakat berhemah dalam hutang piutang. Kertas kerja ini merupakan kajian rintis dan data diperolehi dari soal selidik melibatkan 37 responden di UiTM Pahang terdiri dari kakitangan akademik dan pentadbiran. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.
ISLAMIC MODES OF FINANCE, THE MACROECONOMIC CONDITION AND LIQUIDITY RISK OF ISLAMIC BANK
Mohamad Helmi bin Hidthiir
Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV),
School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia
ABSTRACT
The general objective of this study is to analyze and explain the determinants of liquidity risk whether come from macroeconomic condition and Islamic banks most preferable modes of financing which are BBA and AITAB. This study specifically attempts to fulfill two objectives. First objective are to analyze the impact of macroeconomic variables, BBA and AITAB financing on liquidity risk. The second objective is to draw policy implications for the Islamic banks liquidity risk policy. Based on these objectives, this research attempts to tests the impact of macroeconomic variables and debt-financing modes on liquidity risk using an unbalanced panel dataset of 17 Islamic banks in Malaysia over the period 1998-2010 by applying panel data regression analysis, to estimate Islamic bank liquidity risk model.
AN IDENTIFICATION OF ISLAMIC BANKS’ SENSITIVITY TO RATE OF RETURN RISK USING THE GAP ANALYSIS: AN IMPLICATION ON THE STABILITY OF THE ISLAMIC BANKING SYSTEM IN MALAYSIA
Zairy Zainol
PhD candidate, Institute of Islamic Banking and Finance,
International Islamic University Malaysia
Salina H. Kassim
Assistant Professor, Kulliyyah of Economics and Management Sciences, International Islamic University Malaysia
ABSTRACT
The aim of this study is to identify the exposure of the Islamic banks to rate of return risk using the GAP analysis. The GAP analysis essentially examines the sensitivity of the Islamic banks assets and liability to interest rate/rate of return fluctuations. A positive GAP indicates that the asset side of the bank is highly sensitive to interest rate changes, while a negative GAP indicates that the liability side of the bank is more sensitive to interest rate changes. A positive GAP bank (or an asset-sensitive bank) is exposed to risk when interest rate falls, whereas a negative GAP bank (or a liability-sensitive bank) is exposed to risk when interest rate increases. Thus, the greater the absolute value of GAP, the greater is the exposure of the bank to interest rate changes. In arriving at more enriching and conclusive findings, the study adopts robust analyses of examining the aggregated data as well as the bank level data. In addition, due to the dual nature of the Malaysian banking system, the study also compares the sensitivity of the Islamic banks as well as that of the conventional banks to interest rate changes using the GAP analysis. The results of this study have important implications to the risk management of the Islamic banks in Malaysia. Several implications will be drawn from the findings of the study with the aim of ensuring the adoption of a prudent risk management in Islamic banks, thus ensuring healthy growth of these institutions. The study will also highlight several shariah-compliant risk mitigation techniques. It is important to note that ensuring the stability of the Islamic banking system has a far-reaching impact not only on the Islamic banking institutions, but also to the well being of the ummah and the achievement of the maqasid al-shariah.
PENENTU GELAGAT PEMILIHAN CARA MEMBAYAR ZAKAT
DALAM KALANGAN MUZAKKI DI KOTA MALANG, JAWA TIMUR
Marlina Ekawaty
Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi gelagat berzakat muzakki di Kota Malang. Pada masa Rasulullah s.a.w dan Khulafa’ al-Rasyidin, muzakki membayar zakat kepada amil zakat yang dilantik oleh kerajaan sama ada untuk harta zahir mahupun batin. Bagaimanapun, pada masa Uthman b. Affan zakat untuk harta zahir dibayarkan kepada amil zakat yang dilantik, manakala untuk harta batin boleh dibayarkan terus kepada mustahiq. Saat ini, muzakki di Indonesia membayar zakat tidak hanya melalui institusi zakat formal, tetapi melalui institusi zakat tidak formal dan terus kepada mustahiq pula sama ada untuk harta zahir mahupun batin. Masalahnya peratusan muzakki yang membayar melalui institusi formal adalah rendah berbanding yang membayar melalui dua cara lainnya. Persoalannya adalah faktor apakah yang mempengaruhi gelagat berzakat tersebut? Analisis regresi logit multinomial digunakan terhadap data primer muzakki di Kota Malang. Dapatan kajian mempamerkan bahawa gelagat berzakat dipengaruhi secara signifikan oleh faktor kepercayaan dan pemasaran. Justeru untuk meningkatkan pembayaran zakat institusi zakat formal diperlukan peningkatan kepercayaan dan pemasaran.
LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA:
ADAKAH AMIL SUDAH BERSEDIA?
ADAKAH AMIL SUDAH BERSEDIA?
Hairunnizam Wahid
Calon PhD (Ekonomi) Universiti Malaya
Sanep Ahmad
Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Radiah Abdul Kader
Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Radiah Abdul Kader
Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Isu pengagihan zakat masih lagi relevan dibincangkan di masa kini. Walaupun jumlah kutipan zakat menunjukkan peningkatan yang besar setiap tahun, namun pencarian kaedah pengagihan zakat yang efisien dan cekap masih lagi menjadi perbahasan oleh institusi zakat. Kaedah lokalisasi pengagihan zakat merupakan salah satu alternatif penyelesaian kepada isu pengagihan zakat. Namun kejayaan pelaksanaan kaedah ini amat memerlukan kepada keupayaan, latar belakang serta kebolehan amil untuk memikul tanggungjawab ini untuk melaksanakannya. Kajian ini menunjukkan amil sebenarnya sudah bersedia melaksanakan konsep ini namun pihak institusi zakat perlu mempertingkatkan lagi latar belakang amil agar konsep ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan cekap dan profesional. Beberapa cadangan konsep amil profesional juga akan dibincangkan dalam kajian ini.
THE INITIAL PERFORMANCE OF MALAYSIAN SHARIAH-COMPLIANT VERSUS CONVENTIONAL IPOS
Nor Azizan Che Embi
Ruzita Abdul Rahim
Izani Ibrahim
ABSTRACT
The growing interest in Shariah compliant investment including the initial public offering (IPO) is clearly reflected by the rising trend of companies seeking the Shariah-compliant status. The reason is probably the risk control elements embedded in the Shariah status which appeal to both Muslim and non-Muslim investors. Malaysia equity market is unique in the sense that it trades shares of public companies which more than 87 percent hold Shariah-compliant status. Despite the growing interest, previous studies and market reports fail to show any significant difference between the performance of Shariah companies and their conventional counterparts. Could the failure to show the difference due to the characteristics of the two groups or the size of the sample? During the study period from January 1999 until December 2008, there are 384 IPOs IPOs issued with only 37 are non-Shariah. This study addresses this question by creating a matched sample of equal size that controls for the IPO basic characteristics including listing board, sector, listing year, offer size and issuer’s risk. By creating a matched sample, the comparison between the two groups (37 Shariah IPOs versus 37 non-Shariah IPOs) can be done with compatible features to avoid biased outcomes. The preliminary results show that consistent with the past studies, there is no significant difference between the initial performance of matched group of Shariah IPOs and non-Shariah IPOs. This finding leads to a conclusion that despite the popularity and the claim that Shariah companies fare better than their conventional counterparts, in reality the Shariah-compliant status does not seem to contribute to the IPO initial performance differential between the groups. The study then runs multiple regression analyses which incorporate the effects of control variables including ownership structure, underwriter reputation, company age, company size, offer size and market condition. The results lead to the following conclusions: (i) investors can expect the same level of initial performance from both Shariah and non-Shariah IPOs; (ii) however, investors of Shariah IPOs should be concern about the offer size, ownership and issuer’s age while none of the studied variables are important to the investors of non-Shariah IPOs; (iii) regardless of IPO groups, investors should recognize the threat of “winner curse” in their IPO investment.
EXAMINATION OF MUSLIM ASSET-DISTRIBUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ITS LINK TO LAND FRAGMENTATION PROBLEMS
Dr. Haniza Khalid
International Islamic University Malaysia
ABSTRACT
The practice of distributing a deceased’s assets based on the literal application of the Faraid calculations is often linked to the dire problem of land fragmentation and low rural land values prevalent in Malaysia today. The overall result is uneconomic land sizes and farm operations, conversion of agricultural land to other uses (and hence, the subsequent decline of food production capabilities of the country as a whole) and erosion of total Malay-Muslim land ownership and economic wealth. All of these outcomes go against the concept of Maqasid-al-Shariah particularly with respect to preserving the Maal and income of the Muslims. This paper seeks to evaluate the land fragmentation issue as linked to the asset distribution practice amongst Malay-Muslims in Malaysia. Hopefully, it can trigger more in-depth research to better inform policy-improvement measures by the present land and Muslim affair authorities.
CORPORATE GOVERNANCE IN ZAKAT DISTRIBUTION
Rohila binti Awang
Mohd Zulkifli bin Mokhtar
Mohammad Rodzi bin Embong
Department of Accounting and Finance
Faculty of Management and Economics
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu, Terengganu
ABSTRACT
The aim of this paper is to see whether corporate governance is needed in zakat distribution in Malaysia. Zakat plays a crucial role in Islamic economic development since the order to pay zakat is always be linked with the order to perform solat in Islam. In view of zakat distribution, previous study found the excess of zakat fund left undistributed to beneficiaries concerned. Among the factors lead to this problem is failure to identify zakat recipients who are entitled for zakat. In addition, the weakness of zakat centers has also been criticized. It is hoped that the result of this study would enhance the distribution of zakat fund to zakat beneficiaries.
STRATEGI KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT : TINJAUAN DI TABUNG BAITULMAL SARAWAK
Dayang Shobihah Binti Abang Abai
Dr. Mohd Daud bin Awang
Khadijah Binti Muda
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
ABSTRAK
Keperibadian masyarakat Islam harus dididik dan dibentuk supaya memahami dan menjiwai prinsip-prinsip agama Islam. Jika mereka tidak dididik mengenai zakat serta difahamkan tentang kedudukan zakat yang sebenar, maka tidak hairanlah jika terdapat sebahagian masyarakat Islam yang memandang ringan terhadap kewajipan ini. Proses meningkatkan kefahaman ini adalah melalui program penerangan, pendidikan dan promosi oleh pihak yang berwajib. Kajian yang bakal dijalankan ialah merupakan instrumen ketiga rukun Islam iaitu zakat dan strategi-strategi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dalam perlaksanaan kutipan zakat. Kajian ini juga melihat bagaimana pihak TBS melaksanakan strategi agihan zakat kepada golongan yang layak menerima zakat serta membangunkan ekonomi umat Islam di Sarawak khususnya dalam pembasmian kemiskinan. Kajian ini meninjau bentuk-bentuk agihan zakat yang dijalankan oleh pihak Tabung Baitulmal Sarawak dan sejauhmana ia berjaya dalam membangunkan ekonomi umat Islam dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. Dalam kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan Top-down mampu memaksimumkan agihan zakat seterusnya mencapai kesejahteraan hidup.
WAKAF SEBAGAI MEKANISME PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI DI PAHANG
Norakmal binti Abdul Hamid
Norhapizah binti Mohd Burhan
Centre For Islamic Thought and Understanding
Universiti Teknologi Mara Pahang
Adibah binti Hussin
Faculty of Business Management
Universiti Teknologi Mara Pahang
ABSTRAK
Wakaf merupakan instrumen terpenting bagi umat Islam selepas zakat dalam menjana ekonomi dan merupakan salah satu mekanisme agihan semula kekayaan di kalangan umat Islam. Amalan wakaf mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan institusi pendidikan Islam sejak dari zaman kegemilangan Islam lagi. Wakaf untuk pendidikan dilakukan bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T di samping melahirkan masyarakat Islam yang soleh serta melahirkan ulama dan cendekiawan Islam sebagai contoh Kuttab pada zaman bani Umayyah, Baitul Hikmah pada zaman Abbasiyyah, Universiti al- Azhar di Kaherah dan Universiti Nizamiyyah. Justeru itu, wakaf pendidikan adalah penting dalam usaha perkembangan dan pembangunan syiar Islam. Sekolah Menengah Agama Negeri yang secara tradisinya memainkan peranan utama dalam mendidik generasi rabbani dilihat tidak setanding dengan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Kenyataan ini dipersetujui oleh Ahmad Zaki Abdul Latiff (2008), kebanyakan Sekolah Menengah Agama Negeri masih lagi ketinggalan dalam sistem pendidikan nasional berbanding sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran. Berpandukan data daripada Majlis Agama Islam di seluruh negara, wakaf untuk institusi pendidikan adalah agak berkurangan berbanding wakaf untuk masjid dan surau. Pihak pentadbir institusi pendidikan menghadapi kekangan dalam menyediakan kemudahan persekolahan yang lengkap dan kekurangan tenaga pengajar yang terlatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran akibat kekurangan sumber kewangan. Kertas kerja berbentuk konseptual ini dijalankan adalah untuk mengetahui bentuk harta wakaf yang diperuntukkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk tujuan pendidikan yang diterima oleh Sekolah Menengah Agama Negeri di Pahang selain sumbangan pihak perseorangan. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti peranan wakaf terhadap pembangunan pendidikan di sekolah- sekolah berkenaan. Bagi mencapai dua objektif tersebut, ceraian tajuk dimulai dengan definisi wakaf, jenis harta wakaf dan peranannya, elemen pembangunan pendidikan, pengurusan dan pembangunan harta wakaf dalam pembangunan institusi pendidikan dan akhirnya penghuraian potensi wakaf ke arah kemajuan pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan metode historis dan dokumentasi kerana ia berasaskan kajian perpustakaan. Hasil kajian akan dimanfaatkan bagi tujuan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan melalui penstrukturan semula insfrastruktur dan kebajikan institusi pendidikan di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Hasil kajian diharapkan dapat menubuhkan jabatan khusus yang menguruskan dana wakaf untuk pendidikan Sekolah Menengah Agama di negeri Pahang. Selain itu, program kerjasama antara institusi wakaf pendidikan Pahang dan negeri-negeri lain serta badan swasta dapat dipertingkatkan bagi menambah baik mutu kecekapan pengurusan harta wakaf pendidikan di negeri Pahang.
MEMPERKASAKAN KEWANGAN ISLAM MELALUI PENINGKATAN KEFAHAMAN TERHADAP RIBA DALAM SISTEM PERBANKAN
Mohd Daud bin Awang
Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia
Norsazali bin Abdullah
Universiti Kuala Lumpur
Mohd Kamal Azman bin Jusoh
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Pahang
ABSTRAK
Islam mengharuskan aktiviti kewangan dalam urusniaga dan juga hutang. Namun Islam melarang amalan riba atau interest yang kini merupakan salah satu prinsip sistem kewangan moden. Situasi sekarang terdapat umat Islam yang terlibat dengan aktiviti kewangan moden seperti pinjaman bank secara konvensional sudah semestinya berdasarkan interest di mana bayaran balik pinjaman akan ditambah dengan kadar interest mengikut tempoh tertentu. Manakala dalam sistem kewangan Islam khususnya sistem perbankan Islam memperkenalkan produk-produk yang berkonsepkan Islamik di mana bank mendapat keuntungan melalui kadar profit merujuk kepada akad-akad yang disyarakkan. Masalahnya ialah jumlah profit yang dilihat begitu tinggi, menjadikan kebanyakkan umat Islam berpandangan bahawa sistem perbankan Islam sama sahaja dengan sistem perbankan konvensional. Akhirnya mereka berpendapat bahawa konsep profit yang diamalkan oleh perbanakan Islam sama dengan konsep riba dari sudut kefahamannya. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan salah faham terhadap sistem perbankan Islam dan cabarannya serta bahaya riba kepada sistem ekonomi.
I
IMPLEMENTATION OF FINANCIAL COMPENSATION AT SYARIAH MANDIRI BANK’S CONTRACT EMPLOYEE BRANCH OFFICE SURABAYA DARMO IN MAQASHID SYARIAH
Ari Prasetyo, SE., MSi.
Ratih Indrayani, SEI.
Department of Syariah Economic, Faculty of Economics and Business,
Airlangga University, Surabaya, Indonesia
ABSTRACT
The aim of this research is to know and to explain how the implementation/practice of maqashid syariah at financial compensation in Syariah Mandiri Bank to the labor force-frontliner part from institution, using maqashid syariah perspective, that is religion, soul, mind, generation, and wealth. Those five things will be a fundamental interview question to explain about dharuriyat, hajiyyat, and tahsiniyyat. But, In this research is limited to dharuriyyat level only. This research used qualitative method with explanatory case study strategy. Collecting data is worked by semi-structured interview and direct observation to the object research. Analitical technic which is used in this research is narrative-descriptive. This research shows that financial compensation researched based on dharuriyyat needs of maqashid syariah perspective at Syariah Mandiri Bank KC Surabaya Darmo, is spoken not good enough to be done yet. Such as, there is not hajj/umrah financing support for the contract employees and some subsidiary fees which are not issued yet to themself and health careness and education to their family who should be cared. Inspite of that, facility to pay zakat and a giving-fund facility for training are having enough careness from the Syariah Mandiri Bank KC Surabaya Darmo.
PERANAN UTAMA (PRIORITI) DAN BAGAIMANA BAITULMAL PATUT BERPERANAN DALAM SISTEM EKONOMI MODEN SEKARANG
Prof. Dr. Mahamad Tayib
Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad
Mohd Farihal Osman
Kolej Perniagaan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah, Malaysia
ABSTRAK
Institusi perbendaharaan Islam bagi umat Islam dikenali sebagai baitulmal. Berpandukan falsafah baitulmal keadilan sosial dalam memelihara kebajikan (kemaslahatan) rakyat di dahului. Hubungan baitulmal dengan negara tidak dapat dipisahkan sepertimana hubungan rakyat dan negara. Namun demikian, kehidupan yang dibina oleh manusia dilihat, tidak mampu menunaikan kesamarataan dalam keadilan sosial dan menjaga kebajikan dalam kehidupan. Kepincangan yang timbul hari ini adalah berpunca dari masalah sosial-ekonomi masyarakat dalam tuntutan keperluan harian untuk hidup. Akan tetapi berbeza pula kehidupan di zaman Nabi Yusuf a.s. kehidupan rakyat dan negara diutamakan dan dipelihara oleh perbendaharaan negara yang dikenali sebagai baitulmal. Peranan penting baitulmal telah menyelamatkan kesengsaraan rakyat daripada kebuluran, kemiskinan, ancaman kemarau panjang dan menyelamatkan negara daripada kepupusan kehidupan generasi manusia.
Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengkaji peranan utama baitulmal negeri-negeri masa kini. Di samping itu, mengenalpasti peranan utama (prioriti) yang perlu diberi perhatian berpandukan kegemilangan baitulmal di awal Islam. Begitu juga bagaimana baitulmal patut berperanan dalam sistem ekonomi moden sekarang. Dengan peranan (prioriti) tersebut mampu membangunkan ekonomi masyarakat Islam Malaysia. Kajian ini adalah dalam reka bentuk kaedah kualitatif. Data diperolehi melalui data dalaman dan data luaran. Data dalaman ialah data yang diperolehi daripada organisasi baitulmal negeri-negeri seluruh Malaysia. Data ini membantu mendapatkan gambaran keadaan atau paranan organisasi tersebut. Sementara data luaran pula pengkaji mendapatkannya daripada pihak luar baitulmal iaitu Ahli Majlis Agama Islam negeri-negeri, Mufti-mufti, Jawhar, Jakim dan lain-lain institusi yang berkaitan mungkin mempunyai pengaruh terhadap perjalanan dan prestasi baitulamal. Data dikutip melalui temubual, pembentangan kertas konsep, pemerhatian, penilian dokumen dan pengkaji turut menganalisa dokumen yang diperolehi.
PERANAN UTAMA (PRIORITI) DAN BAGAIMANA BAITULMAL PATUT BERPERANAN DALAM SISTEM EKONOMI MODEN SEKARANG
Mohd Farihal Osman
Prof. Dr. Mahamad Tayib
Prof. Dr. Nor Hayati Ahmad
Kolej Perniagaan
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah, Malaysia
ABSTRAK
Institusi perbendaharaan Islam bagi umat Islam dikenali sebagai baitulmal. Berpandukan falsafah baitulmal keadilan sosial dalam memelihara kebajikan (kemaslahatan) rakyat di dahului. Hubungan baitulmal dengan negara tidak dapat dipisahkan sepertimana hubungan rakyat dan negara. Namun demikian, kehidupan yang dibina oleh manusia dilihat, tidak mampu menunaikan kesamarataan dalam keadilan sosial dan menjaga kebajikan dalam kehidupan. Kepincangan yang timbul hari ini adalah berpunca dari masalah sosial-ekonomi masyarakat dalam tuntutan keperluan harian untuk hidup. Akan tetapi berbeza pula kehidupan di zaman Nabi Yusuf a.s. kehidupan rakyat dan negara diutamakan dan dipelihara oleh perbendaharaan negara yang dikenali sebagai baitulmal. Peranan penting baitulmal telah menyelamatkan kesengsaraan rakyat daripada kebuluran, kemiskinan, ancaman kemarau panjang dan menyelamatkan negara daripada kepupusan kehidupan generasi manusia.
Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengkaji peranan utama baitulmal negeri-negeri masa kini. Di samping itu, mengenalpasti peranan utama (prioriti) yang perlu diberi perhatian berpandukan kegemilangan baitulmal di awal Islam. Begitu juga bagaimana baitulmal patut berperanan dalam sistem ekonomi moden sekarang. Dengan peranan (prioriti) tersebut mampu membangunkan ekonomi masyarakat Islam Malaysia. Kajian ini adalah dalam reka bentuk kaedah kualitatif. Data diperolehi melalui data dalaman dan data luaran. Data dalaman ialah data yang diperolehi daripada organisasi baitulmal negeri-negeri seluruh Malaysia. Data ini membantu mendapatkan gambaran keadaan atau paranan organisasi tersebut. Sementara data luaran pula pengkaji mendapatkannya daripada pihak luar baitulmal iaitu Ahli Majlis Agama Islam negeri-negeri, Mufti-mufti, Jawhar, Jakim dan lain-lain institusi yang berkaitan mungkin mempunyai pengaruh terhadap perjalanan dan prestasi baitulamal. Data dikutip melalui temubual, pembentangan kertas konsep, pemerhatian, penilian dokumen dan pengkaji turut menganalisa dokumen yang diperolehi.
PRINSIP DAN KRITERIA PERIKLANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
Teuku Meldi Kesuma
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
ABSTRAK
Periklanan dalam memasarkan produk-produk Islam mesti diyakini dan difahami merupakan bahagian penting dalam urusniaga yang berteraskan Islam. Kertas kerja ini mengkaji prinsip-prinsip dan kriteria periklanan dalam perspektif Islam. Hal ini disebabkan semakin ramai dan tingginya pertumbuhan korporat dan institusi yang berteraskan nilai-nilai Islam yang mempromosikan produk dan perkhidmatannya kepada orang ramai. Persoalan penting yang dibahas dalam kertas kerja ini adalah bagaimanakah bentuk konsep, prinsip dan kriteria periklanan Islam yang sebenarnya? Oleh itu tujuan kertas kerja ini ialah membina satu konsep periklanan dari perspektif Islam dan untuk mengenal pasti apakah prinsip-prinsip serta kriteria yang sepatutnya ada dalam periklanan Islam. Metodologi kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah kaedah kepustakaan dengan menggunakan analisis kandungan. Kajian ini dijangkakan dapat membentuk konsep periklanan dalam perspektif Islam dari segi prinsip dan kriterianya.
POTENSI ISTIBDALSEBAGAI ANTARA INSTRUMEN PEMBANGUNAN WAKAF KHAS YANG PRODUKTIF:
KAJIAN KES DI MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
ABSTRAK
Istibdal merupakan antara instrumen untuk membangunkan harta wakaf. Berdasarkan prinsip asas wakaf, sesuatu harta wakaf (al-mawquf) tidak boleh ditransaksi kepada aktiviti jual beli, hibah (pemberian/ hadiah) atau pewarisan. Bagi wakaf khas pula, sebarang aktiviti pembangunan ke atasnya tidak boleh bertentangan dengan niat asal pewakaf. Secara prinsipnya, sebarang bentuk modifikasi ke atas niat asal wakaf khas dan pelaksanaannya dianggap bertentangan dengan syara’ dan undang-undang wakaf. Ketetapan undang-undang wakaf (maksim) memperuntukkan‘syarat pewakaf itu umpama nas syara’. Justeru persoalan pokoknya bagaimana membangunkan harta wakaf khas supaya dapat meneruskan niat asal pewakaf dan memenuhi keperluan mawquf ‘alaih? sejauh manakah peranan istibdal sebagai antara instrumen yang berpotensi untuk membangunkan jumlah bilangan harta wakaf khas yang didaftarkan supaya harta wakaf khas itu lebih produktif? Justeru, kertas kerja ini mengkaji pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) melaksanakan istibdal sebagai antara instrumen yang berpotensi untuk membangunkan harta wakaf khas yang produktif mengikut prinsip syara’. Metodologi penulisan adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan.
SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN WAKAF BERTERASKAN ISLAM (SPPWBI):
KEPERLUAN KERANGKA TEORITIS
Mohamad Salleh bin Abdullah
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia,
Minden 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
ABSTRAK
Kertaskerja ini menumpukan perbincangan mengenai perlunya kepada satu kerangka teoritis sistem penyampaian perkhidmatan wakaf berteraskan Islam (SPPWBI). Keperluan ini disokong dengan hujah bahawa pelbagai teori, model dan pendekatan berkaitan dengan sistem penyampaian perkhidmatan konvensional yang sering digunakan hendaklah dirujuk secara berhati-hati terutama dalam konteks pengkajian tentang Islam dan orang Islam. Ini kerana kepelbagaian latar belakangnya terutama dalam kepercayaan, budaya dan alam sekitar di antara perspektif Islam dengan konvensional menyebabkan pembinaan satu kerangka teoritis berteraskan Islam adalah sangat-sangat diperlukan. Memandangkan sebahagian besar pengasas dan pakar rujuk bidang penyampaian perkhidmatan konvensional terdiri daripada ahli cendekiawan Barat, logiknya falsafah Kapitalis dan Marxislah yang menjadi sandaran. Dengan demikian ketidaksamaan aspek-aspek tertentu menurut kaca mata Islam mempamerkan ketidaksesuaian pengaplikasian teori-teori dan sistem-sistem sedia ada dalam kajian berkaitan Islam dan orang Islam. Ketidaksamaan tersebut boleh dilihat dari segi aspek tasawwur, epistemologi dan ontologinya. Bagi mencapai maksud tersebut, perbincangan akan dilakukan dengan meneliti maklumat dan data-data sekunder terutama penulisan, jurnal dan artikel serta kajian lepas dan sorotan karya berkenaan topik berkaitan.
STRATEGI PEMASARAN DAN HUBUNGAN DENGAN PEMILIHAN PELANGGAN TERHADAP AR-RAHNU YAPEIM
Salimah Binti Yahaya
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM
11800 Minden, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan berkenaan strategi pemasaran yang dilaksanakan di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan hubungannya dengan pemilihan pelanggan. Skim Ar-Rahnu yang dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) semakin berkembang dengan baik dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sejak diperkenalkan melalui Koperasi YaPEIM Berhad pada tahun 2000. Namun begitu, kajian-kajian lepas sering menyatakan berkenaan permasalahan yang berlaku dalam pemasaran Ar-Rahnu sehingga menyebabkannya masih tidak dapat menandingi perkembangan pajak gadai konvensional. Antara yang sering diperkatakan ialah masalah promosi yang tidak meluas, kedai Ar-Rahnu yang tidak banyak dan sukar didapati, perkhidmatan pelanggan yang kurang memuaskan, pengambilan barang gadaian yang terbatas, serta upah simpan yang dikatakan tidak menepati hukum syarak. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh Ar-Rahnu YaPEIM. Terdapat lima strategi pemasaran yang diteliti iaitu promosi, lokasi, perkhidmatan pelanggan, barang gadaian dan upah simpan. Kajian ini mengguna pakai kaedah temubual mendalam untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang terlibat dengan perancangan dasar dan operasi pemasaran, kakitangan, serta pelanggan yang menggunakan Ar-Rahnu YaPEIM. Kaedah pemerhatian turut dilakukan untuk mendapat gambaran sebenar tentang situasi yang berlaku di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang dipilih. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kelima-lima strategi pemasaran tersebut berpengaruh terhadap pemilihan pelanggan. Namun begitu, strategi harga iaitu upah simpan yang rendah paling berpengaruh dalam menentukan pemilihan pelanggan terhadap Ar-Rahnu YaPEIM. Terdapat dua implikasi dalam kajian ini. Pertama, dari segi promosi, wajar dilaksanakan secara lebih agresif oleh Ar-Rahnu YaPEIM dengan penyediaan dana yang mencukupi. Kedua, dari segi barang gadaian yang perlu dipelbagaikan dalam bentuk yang kebiasaannya dimiliki oleh golongan miskin.
PENGENALAN EKONOMI HALAL:
SUATU PERSPEKTIF MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Fahrul Irfan bin Ishak
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Industrial Technology
(UNIKL-MITEC)
ABSTRAK
Ekonomi Halal merupakan suatu istilah yang baru diperkenalkan oleh cendikiawan Islam khususnya pada Persidangan Halal Antarabangsa di Kuala Lumpur pada pertengahan tahun 2011 baru-baru ini. Ekonomi Halal merujuk kepada penggabungan industri produk halal dengan sistem kewangan Islam yang dilihat mampu menjadi agenda baru ekonomi dunia bukan sahaja melibatkan prospek pasaran orang Islam, bahkan seluruh dunia tanpa mengira sempadan negara dan ideologi politik. Berdasarkan rujukan Al-Quran dan As-Sunnah, kedua-dua sistem ekonomi ini hakikatnya mesti seiring kerana halal bukan sahaja merujuk kepada makanan dan produk semata-mata, tetapi sumber kewangan, pengaliran dan penggunaannya juga diambil kira dalam perundangan Islam. Kertas kerja ini akan menghuraikan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah untuk melaksanakan kedua-dua sistem ini secara integrasi tanpa pemisahan di samping mengambil pandangan-pandangan sarjana tentang kepentingan kedua-dua sektor ekonomi ini ke atas umat Islam dan global.
WAKAF DINAR EMAS SEBAGAI ALTERNATIF TERBAIK MENGEMBALIKAN KELANCARAN URUSAN KEAGAMAAN
Che Khadijah Hamid
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang
ABSTRAK
Pada dasarnya, kenyataan yang menyebut tentang sifat wang yang diguna pakai pada masa kini tiada nilai hakiki dan telah menjadi suatu komuniti amat sesuai diungkapkan. Sifat wang sentiasa dispekulasi dan boleh dijual beli serta sewenang-wenangnya diturun naikkan nilai sememangnya kelemahan yang nyata apabila tidak lagi menyandarkan kepada instrumen emas yang lebih stabil nilainya. Persoalan adakah masih wajar menjadikan wang yang hanya bersifat “dayn” sebagai urusan keagamaan seperti ibadat wakaf terus membelenggu umat Islam. Alternatif terbaik jelas kelihatan melalui dinar emas adalah jalan penyelesaian daripada anasir Amerikanisme yang mahu meruntuhkan institusi keagamaan umat Islam. Dengan ini, satu huraian berkaitan dinar emas sebagai instrumen terbaik dalam sistem wakaf tunai akan dibincangkan. Pembentukan kelebihan dan kekurangan dinar emas memberi takrifan yang lebih kukuh tentang kepentingannya dalam institusi wakaf tunai. Kajian berbentuk penerokaan diketengahkan dalam penulisan ini selain menggunakan kaedah data sekunder sebagai rujukan utama. Analisis kandungan dijadikan kaedah dalam penganalisisan data. Hasil penulisan ini dijangkakan memberi satu anjakan paradigma tentang perlunya keseriusan umat Islam dalam mengembalikan dinar emas sebagai sumber instrumen penting berdasarkan muamalat Islam.
KRITERIA PEMILIHAN PRODUK-PRODUK TAKAFUL OLEH PENGUSAHA INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) MUSLIM DARI PERSPEKTIF ISLAM
Khairul Faizi Hj Mohd Rafie
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat kriteria pemilihan produk-produk takaful oleh pengusaha Muslim dari perspektif Islam. Fokus utama kertas kerja ini adalah kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Secara umumnya perkembangan produk-produk perlindungan takaful yang telah ditawarkan oleh pengendali takaful kepada pengusaha Muslim adalah sangat banyak. Hal ini adalah kerana sehingga kini terdapat 10 pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan produk-produk takaful. Begitu juga berkaitan perkembangan dalam IKS adalah sangat memberansangkan. Merujuk kepada pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen Malaysia telah memaklumkan bahawa IKS telah menyumbang kepada hampir 30 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 56 peratus kepada guna tenaga dan 19 peratus daripada jumlah eksport. Persoalannya, apakah pandangan Islam terhadap kriteria pemilihan sesuatu produk perlindungan takaful? adakah pengusaha IKS muslim ini telah memilih produk-produk takaful sebagai pelindungan kepada aset perniagaan mereka. Selain itu, jika pengusaha IKS tersebut telah memilih produk takaful, apakah kriteria yang menyebabkan pengusaha tersebut memilih produk perlindungan takaful sesebuah pengendali takaful. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan melihat secara teorikal apakah kriteria pemilihan produk-produk yang sepatutnya menjadi pilihan pengusaha-pengusaha IKS Muslim. Dapatan dalam kajian dijangka akan menunjukkan kriteria dari perspektif Islam yang perlu dipilih oleh pengusaha IKS Muslim terhadap pemilihan produk-produk perlindungan takaful.
PEMBENTUKAN AKHLAK USAHAWAN BERTERASKAN
AL-QUR’AN DAN AL-HADITH
Solahuddin bin Abdul Hamid
Jabatan Pengajian Umum
Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
Che Zarrina Binti Sa’ari
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
ABSTRAK
Kebanyakan kajian mendapati, personaliti usahawan adalah bersifat universal serta merentasi ras, budaya, mahupun batasan geografikal. Bagaimanapun, situasi ini adalah berbeza apabila disebut personaliti usahawan Islam. Apabila sesuatu kerjaya dikaitkan dengan agama Islam, segala tingkahlaku mereka perlu dilakukan secara holistik berdasarkan petunjuk Islam. Secara umumnya, keusahawanan Islam masih berintipatikan konsep keusahawanan itu sendiri. Apa yang berbeza ialah asas-asas al-Din seharusnya berfungsi sebagai fundamental yang mendasari segala aktiviti keusahawanan tersebut supaya perubahan yang dilakukan tidak tergelincir daripada landasan Islam. Artikel ini akan menghuraikan elemen akhlak sebagai salah satu komponen utama pembentukan personaliti usahawan Islam melalui penghayatan agama seperti mana yang telah dijelaskan dalam al-Qur’an dan al-Hadith.
THE CHALLENGES OF IMPLEMENTING GOLD DINAR IN KELANTAN: AN EMPIRICAL ANALYSIS
Muhammad-Bashir Yusuf
PhD candidate, Kulliyyah of Economics and Management Sciences,
International Islamic University Malaysia
Ahamed Kameel Mydin Meera
Professor, International Islamic University, Malaysia.
Gairuzazmi Mat Ghani
Assoc. Prof. International Islamic University, Malaysia.
ABSTRACT
The purpose of this paper is to analyze the challengs facing the adoption of gold dinar as currency in Kelantan, Malaysia. This is the first paper to empirically investigate the challenges of adopting gold dinar currency since its adoption in Kelantan in August, 2010. We look at both the internal and external sources of challenges to the adoption of the new currency. We come up with a model and did survey to validate our model. Structural equation modeling technique was employed to test if the sample collected fit our model. It was found that while the effects of both external and internal challenges of gold dinar were not statistically significant, they were practically significant. All our measuring items were also found to be good measures of the two forms of challenges. The paper suggests that though the two forms of challenges are not statistically significant in this study, yet they are potential threat and need to be addressed in future adoption of gold money.
PEMASARAN BERTERASKAN TASAWWUR AL-TAWHIDIY
Dr. Mohamad Zaini Abu Bakar
Mohd Shukri Hanapi
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, meneliti konsep tasawwur al-tawhidiy. Kedua, mengaplikasi tasawwur tersebut dalam sistem pemasaran. Tasawwur al-tawhidiy di sini merujuk konsep kekuasaan dan keesaan Allah SWT yang berasaskan al-Qur’an dan hadis. Ia menjadi tunjang dalam pencorakan segala aktiviti kehidupan manusia, termasuklah sistem pemasaran. Manakala pemasaran pula merangkumi pemasaran berbentuk produk dan perkhidmatan. Kedua-dua tujuan ini dicapai melalui kajian ke atas penulisan-penulisan berkaitan tasawwur al-tawhidiy dan pemasaran. Ia kemudian disusun dalam tiga bahagian. Bahagian pertama, membincangkan tentang konsep tasawwur al-tawhidiy. Bahagian kedua pula membincangkan tentang konsep pemasaran, manakala bahagian ketiga, membina sistem pemasaran berteraskan tasawur al-tawhidiy. Akhir sekali, kertas kerja ini merumuskan bahawa sistem pemasaran berteraskan tasawwur al-tawhidiy itu merupakan sistem pemasaran Islam yang berpaksikan kepada tawhid. Ia mempunyai tiga entiti iaitu Allah SWT, manusia dan alam. Hal ini berbeza sekali dengan sistem pemasaran lazim yang hanya mempunyai dua entiti iaitu manusia dan alam.
PRINSIP DAN KRITERIA GAYA HIDUP PENGGUNA MUSLIM TERHADAP PEMILIHAN PERBANKAN SYARIAH DARI PERSPEKTIF ISLAM
Ahmad Nizam Pusat Kajian Manajemen Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertumpu kepada perbincangan tentang mengenal pasti prinsip dan kriteria gaya hidup pengguna Muslim terhadap pemilihan perbankan syariah dari perspektif Islam. Masyarakat Indonesia umumya dan masyarakat Banda Aceh khususnya adalah majoriti beragama Islam. Dalam kenyataannya pemilihan kepada perbankan syariah untuk urusniaga kewangannya masih rendah. Hal tersebut dapat dilihat daripada perkembangan perbankan syariah yang relatif rendah berbanding dengan perkembangan perbankan konvensional, bila total asset perbankan konvensional sejumlah Rp.28,060 triliun, maka total asset perbankan syariah hanya sejumlah Rp.2,78 triliun, dilihat daripada jumlah debitur juga menunjukkan fakta bahawa debitur perbankan konvensional berjumlah 1,8 juta buku kira-kira berbanding perbankan syariah yang hanya berjumlah 202,9 ribu buku kira-kira sahaja. Masalah tersebut berlaku apakah karena pengaruh gaya hidup mereka yang kurang memahami ketentuan syariat Islam? Ataukah karena produk dan perkhidmatan yang ditawarkan perbankan syariah belum sesuai dengan gaya hidup mereka? Oleh itu kertas kerja ini dibina untuk membentuk satu konsep tentang prinsip dan kriteria gaya hidup pengguna Muslim dari perspektif Islam. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kajian perpustakaan, analisis deskriptif dan tekstual. Dapatan kajian ini dijangka dapat membentuk satu konsep tentang prinsip dan kriteria gaya hidup pengguna Muslim terhadap pemilihan perbankan syariah
UNDANG-UNDANG ZAKAT DALAM PENGURUSAN DANA MASJID DI MANADO, INDONESIA: SATU SOROTAN KARYA
Deicy Natalia Karamoy
Bahagian Pengurusan Pembangunan Islam (PPI)
Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis Undang-Undang No. 38 Tahun 1999 (UU 38/1999) dalam mengurus dana zakat untuk membiayai pengurusan masjid. Masjid yang dijadikan kes kajian ialah masjid Ahmad Yani Manado. Persoalannya, walaupun ada badan amil zakat yang menguruskan dana masjid tersebut, namun masih berlaku beberapa kes pecah amanah yang tidak sesuai dengan undang-undang UU 38/1999. Analisis kandungan akan dibuat berdasarkan dua sumber data. Pertama ialah data sekunder yang peroleh daripada UU 38/1999 dan laporan-laporan bertulis. Kedua ialah data primer yang diperoleh daripada kajian lapangan. Dapatan kajian adalah diharapkan dapat mencadangkan kepada badan amil zakat masjid Ahmad Yani bagi menambahbaikan lagi pengurusan dana masjid di Menado, Indonesia. Sebaliknya jika berlakunya kes-kes pecah amanah dan penyelewengan dalam menguruskan dana-dana tersebut, maka tindakan yang diambil sesuai dengan UU 38/1999 tentang zakat.
KOD ETIKA AMIL ZAKAT: SATU PERSPEKTIF ISLAM
Md Hairi Md Hussain
Ram Al Jaffri Saad
Pusat Pengajian Perakaunan
Universiti Utara Malaysia
Sintok, Kedah
Azizi@Hamizi Hashim
Universiti Teknologi MARA
Jerantut, Pahang
ABSTRAK
Institusi amil memainkan peranan penting dalam perkembangan sistem pentadbiran dan pengurusan zakat di negara kita. Malah, kejayaannya dalam meningkatkan jumlah kutipan dan melaksanakan urusan agihan zakat secara berkesan menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain. Namun, tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi ini masih berada pada tahap yang rendah. Natijahnya, masih terdapat masalah kebocoran zakat berlaku yang mana zakat sama ada dibayar terus kepada asnaf atau dibayar melalui saluran-saluran yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan mengenai amil dan mencadangkan mengenai keperluan dan kod etika untuk seorang amil.
MAQASID SYARIAH DALAM AGIHAN ZAKAT MELALUI KREDIT MIKRO: SATU ANALISIS TEORITIS
Nurul Ilyana Muhd Adnan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis secara teoritis maqasid Syariah dalam pengagihan zakat kepada asnaf zakat melalui kredit mikro untuk modal perniagaan. Dalam al-Quran, lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat tidak disebut secara terperinci. Dengan itu, bentuk agihan zakat termasuk dalam masalah ijtihadi. Ia boleh berubah mengikut perubahan masa dan keadaan setempat. Berdasarkan analisis kandungan, maqasid Syariah mempamerkan bahawa pengagihan zakat melalui kredit mikro adalah dibenarkan. Hal ini kerana daripada perspektif maslahah, bentuk agihan sebegini merupakan bantuan bermatlamat jangka panjang dengan harapan penerima zakat akan bertukar menjadi pembayar zakat suatu hari nanti. Ini memberi implikasi bahawa agihan zakat dalam bentuk modal perniagaan yang diberikan secara langsung oleh institusi zakat di Malaysia patut dipertimbangkan semula dalam bentuk kredit mkro.
PENENTU PEMILIHAN KAD KREDIT SYARIAH OLEH MASYARAKAT ISLAM DI BANDUNG
Dr. Zakaria Bahari
Inke Kesumawati Adnan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang
ABSTRAK
Di Indonesia kad kredit syariah bermula pada tahun 2007 dengan nama kad Dirham dan kemudiannya kad Hasanah pada tahun 2009. Hanya 0.27 peratus daripada keseluruhan kad kredit yang ada di Indonesia adalah terdiri daripada kad kredit syariah. Persoalannya kenapa perkara ini berlaku, sedangkan penduduk Indonesia melebihi 87 peratus adalah Muslim. Berlakunya jurang yang ekstrim ini mungkin disebabkan oleh sambutan masyarakat Islam di Indonesia yang jauh masih kurang. Apakah perkara ini juga berlaku di kota Bandung? Apakah faktor-faktor yang yang menentukan pemilihan mereka terhadap kad kredit syariah khususnya di kota Bandung, Indonesia? Oleh itu kajian ini bertujuan: pertama ialah menganalsis hubungan antara faktor intrinsik dan ekstrinsik dengan pemilihan kad kredit syariah. Kedua ialah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan masyarkat Islam Bandung terhadap kad kredit syariah dengan menggunakan analisis faktor analisis. Bagi mencapai ini kaedah kuantitif diaplikasi dengan menggunakan 300 responden. Analisis statistik deskriptif, ujian Korelasi Pearson dan Analisis Faktor dilakukan untuk menjawab tujuan pertama dan kedua. Dapatan menunjukkan faktor pemasaran, tuntutan penggunaan berkualiti, pulangn maslahat, penggunaan berasaskan keutamaan, ciri-ciri produk dan keselesaan terhadap perkhidmatan bank mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah.
Radieah Mohd Nor
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti pengurusan kewangan baitulmal pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Penelitian ini penting memandangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dikatakan telah melakukan revolusi sepanjang pemerintahannya. Berdasarkan analisis tekstual yang telah dilakukan terdapat lima faktor penentu kejayaan dalam pengurusan kewangan baitulmal pada zaman tersebut. Pertama, penciptaan iklim sihat untuk pertumbuhan ekonomi. Kedua, mencipta peraturan baharu untuk sektor pertanian. Ketiga, pemantapan dana Islam. Keempat, penumpuan terhadap dana umum yang tersimpan dalam baitulmal. Kelima, berjimatan dalam menggunakan perbendaharaan negara.